Thursday, 28 June 2018

Perjalanan Hidupku

Meninggalkan seseorang yg kita syg utk menguji kesetiaan dan kedalaman cintanya pd kita bukanlah sesuatu yg mudah utk dilakukan... Namun andai ini jalan yg harus dipilih utk mengkaji hala tuju hubungan ni,aku harus redha...  Kerana tak semua yg kita impikan atas muka buka bumi ni tercapai seperti kehendak kita..  Namun kita jangan lupa jalan pulang kerana andai kita tersesat, jalan pulang mungkin tidak sama lagi...  Memori dan kesilapan semalam akan terus menghantui andai kita tersilap memilih jalan...

Sunday, 24 June 2018

Erti Hidupku

Dahulu aku lah yg di puja dan di sanjung tinggi kini aku tersisih sepi tidak diperduli.
Aku adalah tulisan yg sudah tiada nilainya lagi... Hanya menunggu untuk mati dibunuh oleh bangsa ku sendiri...

Tuesday, 19 June 2018

KENALI CINTA

Cinta itu hanyalah satu perkataan namun ianya ada pelbagai maksudnya yg tersendiri..  Kdgkala perasaan kita diduga utk mengenali cinta yg ada dihati.. Cinta sejati adalah cinta yg menerima kita seadanya dan Cinta plastik cinta yg hanya pndang pd fizikal.. Kenalilah cinta dihati sebelum terlanjur syg dan cinta...

Saturday, 9 June 2018

KEMAAFAN DALAM PERCINTAAN

Kdg2 cinta itu menyakitkan dan setiap kesakitan itu ada jalan ceritanya.. Andai kemaafan boleh menyembuhkan luka dan parut yg tinggal maka layaklah diri untuk dimaafkan namun kemaafan bukan sekadar bicara kerana setiap kemaafan belum tentu boleh menyembuhkan luka dihati dan parut yang lama...

Friday, 8 June 2018

HATIKU

Bila maruah jadi mainan hati yg hancur x mampu dirawat... Tiap kata yg dilafaz tidak mampu ditarik kembali dan saat dah terlanjur kata luka lama mungkin berdarah kembali....

Kerendahan Diri

Hidup kita ibarat roda yg sentiasa berpusing..  Kdg kita diatas kdg pula kita dibawah..  Namun jgn kita lupa siapa diri kita seandainya kita berada diatas kerana kemegahan diri membawa kepada kemusnahan hati dan kemiskinan jiwa...  Dan seandainya kita berada dibawah jgn sekali kita mendongak langit utk mengharap keajaiban kerana itu tidak menjamin kepada kebahagian diri tapi andai kita terus sujud saat kita berada dibawah maka keindahan hati dan ketenangan jiwa dapat dimiliki dgn keredha-Nya...

Wednesday, 6 June 2018

Perasaanku

Aku juga manusia... Ada hati dan perasaan... Tapi aku bukan perempuan yang mudah lemah kerana cinta..

Cinta buat kita kenal erti setia dan bahagia.. Namum jika bahagia yg diharap hanya melukakan tiada guna untuk terus setia....