1. Basuh dengan syampu perapi rambut
- Kebanyakan perapi rambut memiliki kandungan lanolin, iaitu sejenis lilin yang dapat membuat kereta kelihatan licin.
2. Buang serangga mati guna semburan minyak

- Sembur minyak pada bahagian yang dipenuhi dengan serangga kecil kemudian lap dengan kain bersih.
3. Guna minyak zaitun agar papan pemuka berkilat

- Tuangkan beberapa titik minyak zaitun pada kain atau tisu kemudian gosok rata pada permukaan papan pemuka. Sebelum itu, bersihkan terlebih dahulu kotoran atau debu.
4. Cuci papan kemuka dengan Vaseline

- Lap dahulu papan pemuka agar bebas daripada kotoran mahupun debu kemudian letakkan Vaseline.
5. Guna ubat gigi, baking soda hilangkan kotoran pada lampu
- Picit sedikit ubat gigi di atas kain kemudian gosok keseluruhan permukaan lampu kereta. Kemudian lap dengan kain yang sudah disapu dengan baking soda sehingga bersih.
6. Bersihkan celahan pendingin hawa dengan span kraf

- Ini cara paling mudah untuk menjangkau bahagian yang sukar dengan menggunakan span kraf yang kecil anda boleh mencuci celahan pendingin hawa yang lebih dalam.
7. Guna semburan angin untuk hilangkan debu

- Bagi memudahkan cucian pada celahan kecil yang sukar dijangkau semburan atau tembak angin merupakan cara paling mudah dan cepat.
8. Stokin lama, cawan & pencuci cermin bersihkan tempat letak air

- Sarungkan stokin lama yang bersih pada cawan. Saiz cawan perlu semuat-muat dengan saiz tempat letak air anda. Kemudian sembur sabun pembersih pada stokin berkenaan.
Letak cawan yang sudah disarung dengan stokin tadi pada tempat pemegang cawan anda dan pusingkan untuk membersihkan sekeliling ruangan berkenaan.

9. Hilangkan kotoran celah kerusi guna berus gigi

- Ini bahan paling mudah dijumpai di rumah. Jangan buang berus gigi yang sudah lama kerana anda boleh gunakan untuk mencuci celahan kerusi kereta yang menyimpan begitu banyak habuk dan serbuk makanan.
10. Gunakan pemutar skru & kain lap cuci celahan sempit

- Siapa sangka dengan pemutar skru anda boleh membersihkan celahan yang sukar dijangkau seperti pada bahagian kotak gear.
11. Bersihkan cermin kereta dengan tisu basah

- Simpan sebekas tisu basah dalam kereta terutama ketika perjalanan jauh dan apabila debu halus melekat pada cermin anda boleh gunakan tisu basah untuk membersihkan bahagian itu.
Semoga bermanfaat untuk semua...

